Wednesday 17 October 2012

Pembahagian tugas

Kumpulan kami ada 6 orang ahli . Untuk menjimatkan masa kami membahagikan tugas seperti Nur Hafizah dan Nur Syafiqah Izzati ditugaskan mencari gambar manakala Shobanam dan Atirah Nabila mencari tempat-tempat yang menarik dan Siti Nurnajwa ditugaskan untuk mengkemaskini kan blog ini . Nurul Safikah pula mencari sejarah Pulau Langkawi.



MOTO KAMI ADALAH:


  1. MIRACLE IS ANOTHER NAME FOR HARDWORK


Sunday 7 October 2012

Kedudukan Pulau Lagenda

Geografi
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarotao Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya ,yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.

Asal -usul Langkawi

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu  Batu Kawi .Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Wednesday 3 October 2012

Pengenalan

Kami dari Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah. Kami telah mencipta blog ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang Pulau Langkawi dengan lebih terperinci.Dalam blog ini , anda akan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Pulau Langkawi.Oleh yang demikian, kami  berharap agar blog dapat membantu anda mengenali Pulau Lagenda ini.