Mahsuri binti Pandak Maya merupakan gadis kelahiran Pulau Langkawi.Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Mayah dan Mak Andam pada kurun ke 18 masihi di Kampung Ulu Melaka.
Kehidupan Mahsuri
Mahsuri hidup di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukkaram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukkaram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Mayah baru berpindah ke Langkawi.Pasangan Pandak Mayah dan Mak Andam telah datang dari Kampung Kemala,Phuket,Thailand atau lebih dikenali sebagai Siam.Mereka berhijrah ke Langkawi kerana ingin mengubah hidup mereka untuk menjadi lebih baik.Pasangan ini bekerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka murah sehingga mampu membeli tanah dari penduduk setempat.Selepas rezeki melimpah ruah mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Mahsuri.Mahsuri dibesarkan dengan penuh adat resam dan tatasusila oleh orang tuanya.
Fitnah
Fitnah
No comments:
Post a Comment